Saturday 20 November 2010

SAYANG <=> BENCI

Semua orang da perasaan ni kan? Tipu la kalau tak da..dah nama pun manusia kan,tak lepas la..tapi macam mana kita nak kenal pasti nak letak tue pada benda yang baik..`mungkin kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu,dan mungkin kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu`

Hmm,mcm ni la..org tua2 kata..jangan benci sangat2, nanti jadi sayang..dan jangan sayang sangat2,nanti jadi benci..

Jom renung sejenak..pernah ke jadi sepanjang kita bernafas ni ye? Sebenarnya selalu sangat2..Cuma bezanya antara sedar atau tak…

Pengalaman angah la,dulu cukup2 tak suka ngan mengafal..sebab tue lari dari maahad masuk s.m.k. agama..tup2,sampai sekarang kena ngafal je keje..mana bleh tinggal ilmu Allah yang terbesar dan termahal kan..itula yang benci jadi sayang..

Erm,yang sayang jadi benci plak ada ke??yang ni mungkin pernah jadi..tapi angah tak nak komen sebab angah dalam proses untuk membentuk diri..jadi untuk ape kita benci orang kn..angah pernah dengar orang kata kalau kita sayang 1 orang,5 org akan sayang kita..tp kalau kita benci 1 orang,10 orang akan benci kita..mungkin ni kata2 dhaif..tp tak salah kalau kita amalkan untuk diri sendiri kan?

Lagipun,siapa kita untuk benci ciptaanNYA kan?Alhamdulillah,setakat ni angah sayang lagi suma walaupun da yang kurang dan da yang pernah menyakitkan ati angah..tapi angah sedar yang angah pernah berbahagia dengan dia..

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

Angah cukup kagum dengan prinsip kawan baik angah tentang berkawan..dia kata `walau seburuk mana pun dia,dia tetap kawan aku dan aku akan terima dia sebab dia pernah hadir dalam hidup akn dan membahagiakan aku`..jadi,jom kita renung dan amalkan benda yang baik2 ni..

No comments:

Post a Comment