Monday 21 May 2012

:: Bersua Kembali ::

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izinNya angah masih mampu melakar di atas kanvas ini..
setelah hampir 8bulan angah menyepi..
macam2 agenda perjalanan hidup angah ini diaturkan oleh Allah..
sangat2 cantik aturannya..
SubhanAllah! 

Alhamdulillah..
genap setahun perkahwinan kami, kami telah dikurniakan seorang puteri yang sungguh cantik..
lahirnya memberi sinar kegembiraan..
lahirnya membuka pintu kerahsiaan..(terbongkar betapa cewi nya tok ummi dan tok wan dia=p) 

Saat minit jam berdetik pukul 5.29 pagi pada 17 mac 2012..
lahirlah seorang puteri yang diberi nama NUR FATIHAH AL-HUDA..
dengan berat 3.46 kg..
nikmat yang terbesar Allah bagi pada angah..


Namun..
perjalanannya sebelum itu sangat sukar..
di awal kehamilan angah, angah seringkali keluar masuk hospital..
disebabkan alahan yang agak teruk menyebabkan angah kekurangan air dalam badan..
dan ini juga boleh membahayakan bukan sahaja pada ibu, tetapi pada baby jugak.. 

Dalam pada masa kehamilan itu..
angah terpaksa tarik diri bagi madah al-quran semester 3..
tapi masih tetap menduduki peperiksaan..
alhamdulillah,natijahnya baik bagi semester tu..
untuk semester yang berikutnya,angah juga perlu attend kelas macam biasa..
walaupun `kebesaran` perut tu makin menyerlah =) 

Tarikh jangkaan fatihah adalah pada 9 mac yakni genap 10bulan..
namun xda tanda2 yg mnunjukkan fatihah dh bersedia nk melihat dunia..
doktor melanjutkan tarikh jangkaan kepada seminggu pada 16 mac..masih juga xmau keluar..
doktor terpaksa mengambil pilihan dengan menggunakan ubat bagi memaksa pembukaan agar baby boleh keluar..
ubat dimasukkan pada pukul 10 pagi..
kesakitan mula dirasai pada pukul 4 petang.. 
Allah lebih mengetahui bagaimana perasaan dan rasa sakit tu..
Alhamdulillah, Allah masih menetapkan ummi,abah,zauj angah,mama, dan adik hilmi utk berada disisi.. 

*ikuti rentetan peristiwa selepas ini ^_^v