Sunday 19 June 2011

.: Detik Lafaz Terucap :.

Saat lafaz indah terucap, bersaksikan mata-mata yang teruja. Akad disempurnakan dengan mudah..

“Aku terima nikahnya ……. dengan mas kahwin sebanyak …………”

Bergemalah masjid Bukhary dengan “sah (3x)…Allahukbar..Alhamdulillah..”

Pada detik itu,jantung angah yang berdegup kencang telah bertukar irama..ketar dengan insan yang tak pernah dilihat bertukar rentak kepada debar dengan satu dunia yang asing..

“Allahuakbar..!”

Saat itu,baru angah sedari yang dunia baru itu mempunyai `imam`nya..imam dalam ibadah,imam dalam kehidupan..

Dikala tangan diangkat menadah pada yang Esa..angah terasa kerdil dengan nikmat yang diberikan..

Andai angah tahu sebegini nikmat yang akan diberikan,nescaya angah tak akan cari nikmat itu sebelum masanya…

Andai angah tahu sebegini bahagianya, nescaya angah tak akan kotori bahagia itu sebelum waktunya…

Andai angah tahu inilah takdirnya,nescaya angah akan sabar menanti saatnya…

Namun……..

Tiada siapa yang tahu suratan takdirnya..tiada siapa tahu masa depannya..hanya bersyukur dengan apa saja kurniaanNya dan bersabar dengan ujianNya..pasti kita merasa nikmat CINTANYA….

Sebelum ini, angah sentiasa mencari..siapakah teman yang diciptakan untuk angah..lalu pelbagai persyaratan,penelitian dan pemerhatian dilakukan..tapi…..hati angah susah untuk yakin dengan orang..ada hikmahnya….

Pelbagai ujian dan masalah hati telah angah alami…sehingga angah tersungkur dengan ujian itu..(saat yang paling perih adalah saat dipulaukan oleh adik beradik sepengajian)..namun,Allah Maha Penyayang..

Telah tertulis teman untuk angah adalah insan yang tak pernah angah kenali dan insan yang tak pernah angah bayangkan…bukan kawan sekolah,bukan kawan sepengajian..bahkan bukan calon yang angah senaraikan…dia hadir tepat pada masanya,sesuai dengan akhlaknya, dan yakin dengan agamanya..

Dia seorang yang terhormat dan datang dengan cara yang terhormat..dengan penuh merendah diri merisik dari saudara, dengan penuh sopan datang berjumpa ummi, dan dengan penuh keberanian meminta izin dari ummi..(sebab ummi garang orangnya…susah la klu nak lps ngn ujian ummi..hee..angah sayang ummi=p)

Bersambung…………..

*ikuti sambungannya nanti ye^_^