Thursday 15 September 2011

~DaRi MatA TurUn kE Hati~

…….sambungan…

Namun, kehadirannya tidak semudah ABC untuk diterima..setelah ummi memberitahu saat untuk pertunangan kami, angah baru terasa yang dunia berputar..dia tetap meneruskan perancangannya tanpa menunggu jawapan dari angah..maka berlakulah perdebatan antara angah dengan ummi….wow, benda yang hampir mustahil untuk berlaku..tapi jadi realiti bila berkaitan dengan masa depan dan hati angah..buat pertama kali angah mempersoal tindakan dia dan ummi, dan buat pertama kali angah bercakap dari hati dengan ummi..terasa begitu bahagia saat itu=)

Akhirnya, angah mengalah..dan sebagai seorang anak,memang patut mengalah pun kan..mustahil seorang ibu mengharapkan malapetaka, sebaliknya naluri seorang ibu inginkan yang terbaik dan memberi kebahagiaan untuk anaknya..so,angah pasrah dan redha dengan keputusan dan aturan ummi..

Tika itu:

Jika ditanya perasaannya, jujur angah menyatakan yang angah tidak berperasaan..
Jika ditanya sayangnya, jujur angah lafazkan yang angah tidak tahu dimana sayangnya..
Jika ditanya bagaimanakah dia, jujur angah mengatakan angah tak selayaknya untuk dia..
Sungguh berbeza ilmu, amat berbeda akhlak..namun, sudah tercatat ikatan antara kami…

Segalanya berubah saat lafaz sakinah terucap..sepertimana mudahnya Allah membolak-balikkan hati manusia, sebegitu mudah Allah membolak-balikkan perasaan ini..

Dulu angah selalu kagum dengan orang yang sangat sabar dengan angah, dan memikirkan adakah wujud lagi insan yang begitu penyabar..tidak disangka, Allah menciptakan dia dengan kesabaran yang tiada tahapnya..

Angah pernah bertanya, “kenapa sabar sangat ye?”
Dengan mudah dia menjawab, “sebab abang sayang kerana Allah, dan abang pilih kerana Allah..inilah yang terbaik untuk abang.”

Menitis air mata setiap kali mendengar cubaan pujukannya(walaupun tak pandai pujuk=p, maaf ye abang)..namun, dengan keikhlasannya, mampu buat angah tersenyum (walaupun tak pernah tunjuk…syyh,rahsia ni^^)..

Tulus dari hati, setelah melalui semua ini, angah makin merasakan dakapan CINTANYA..ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat ini…angah terasa semakin tenang,setenang ummi dan abah melepaskan anaknya..ya Allah,Engkau peliharalah ummi dan abahku..dan angah makin merasakan nikmat CINTA yang halal..ya Allah, Engkau tambahkanlah rasa CINTA kami ini tanpa mengurangkan rasa CINTA kepadaMU..

Sunday 19 June 2011

.: Detik Lafaz Terucap :.

Saat lafaz indah terucap, bersaksikan mata-mata yang teruja. Akad disempurnakan dengan mudah..

“Aku terima nikahnya ……. dengan mas kahwin sebanyak …………”

Bergemalah masjid Bukhary dengan “sah (3x)…Allahukbar..Alhamdulillah..”

Pada detik itu,jantung angah yang berdegup kencang telah bertukar irama..ketar dengan insan yang tak pernah dilihat bertukar rentak kepada debar dengan satu dunia yang asing..

“Allahuakbar..!”

Saat itu,baru angah sedari yang dunia baru itu mempunyai `imam`nya..imam dalam ibadah,imam dalam kehidupan..

Dikala tangan diangkat menadah pada yang Esa..angah terasa kerdil dengan nikmat yang diberikan..

Andai angah tahu sebegini nikmat yang akan diberikan,nescaya angah tak akan cari nikmat itu sebelum masanya…

Andai angah tahu sebegini bahagianya, nescaya angah tak akan kotori bahagia itu sebelum waktunya…

Andai angah tahu inilah takdirnya,nescaya angah akan sabar menanti saatnya…

Namun……..

Tiada siapa yang tahu suratan takdirnya..tiada siapa tahu masa depannya..hanya bersyukur dengan apa saja kurniaanNya dan bersabar dengan ujianNya..pasti kita merasa nikmat CINTANYA….

Sebelum ini, angah sentiasa mencari..siapakah teman yang diciptakan untuk angah..lalu pelbagai persyaratan,penelitian dan pemerhatian dilakukan..tapi…..hati angah susah untuk yakin dengan orang..ada hikmahnya….

Pelbagai ujian dan masalah hati telah angah alami…sehingga angah tersungkur dengan ujian itu..(saat yang paling perih adalah saat dipulaukan oleh adik beradik sepengajian)..namun,Allah Maha Penyayang..

Telah tertulis teman untuk angah adalah insan yang tak pernah angah kenali dan insan yang tak pernah angah bayangkan…bukan kawan sekolah,bukan kawan sepengajian..bahkan bukan calon yang angah senaraikan…dia hadir tepat pada masanya,sesuai dengan akhlaknya, dan yakin dengan agamanya..

Dia seorang yang terhormat dan datang dengan cara yang terhormat..dengan penuh merendah diri merisik dari saudara, dengan penuh sopan datang berjumpa ummi, dan dengan penuh keberanian meminta izin dari ummi..(sebab ummi garang orangnya…susah la klu nak lps ngn ujian ummi..hee..angah sayang ummi=p)

Bersambung…………..

*ikuti sambungannya nanti ye^_^

Tuesday 5 April 2011

.:. sAaT LaFaZ sAkiNaH .:.

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

*far-east

Monday 7 February 2011

~ `IBRAH ~

Siapa sangka?

Siapa duga?

Pemergian abang ngah merangkap bapa sedara sepupu menemui Ilahi benar2 menyayat hati dan jadi kejutan buat kami..

berumur 22tahun (sama ngan angah..tue yang jd tersentak sangat2..) belajar di KL..seorang yg sgt2 peramah..disenangi org…factor kematian (sebab kematian is memang dh sampai ajalnya..) eksiden..dilanggar oleh cina yg drive dr arah setentang yang MABUK..Allahuakbar..benar2 tak disangka..benar2 tak diduga..

pesanan arwah kepada adiknya “abg cik..nnt ang jga mama n ayah elok2..angah nagntuk sgt..balik ni angah nk tidoq puas2”…

kata2 abg ngah lagi..”xpe la..xdpt ase naik BMW pun,dpt ase naik van(van jenazah) pun ok la..”
subhanaAllah…..

tadhiyah disaat2 akhir abg ngah..sempat lagi dia menyuruh doctor penyelamat utk selamatkan adiknya dahulu..”doctor,selamatkan adk aku dulu..aku ok ja..” Allahuakbar…

dan…

pemergiannya penuh dengan ketenangan n keredhaan..wajah penuh kelembutan dan senyuman yang bisa menggugah hati yang melihat…saat arwah dimandikan,wajahnya umpama orang yang sedang bergelak..Allah……………….

ya Allah…
matikan aku dalam husnul khatimah…
matikanlah aku sebagai pejuang dijalanMU….
Matikanlah aku bukan utk menyusahkan sesiapa…
Matikanlah aku sebagai penegak agama…
SYAHID ya ALLAH……..

Sunday 9 January 2011

.: Debar Si Pejuang :.

Dalam debaran ini
Bisakah ku hadapi
Tiap detik yang dinanti

Sedetik yang berlalu
Haruskah ku menunggu
Saat degupan kian laju
Merentas waktu yang kian cemburu

Aku semakin gelisah
Tidur berselimut resah
Terdetik hatiku persoalan

Hati ku gementar
Jiwa ku berdebar
Bergetar naluriku bertanya
Sudahkah bersedia untuk berjuang
Berjuang di jalan yang ESA

Akan ku redah medan pertempuran
Perjuangan ini masih lama
Hanya tika masa yang menentukannya
Syahid atau Berjaya
Syahid atau ku berjaya

*nasyid pilihan(^,^)

Thursday 6 January 2011

~taujihad untuk TAKLIFAT~

Truut..truut..

“Salam.tahniah&takziah,anda telah t`pilih utk mnjdi nqibah bg pngambilan pljr sesi ke3(third intake).snarai nm ahli usrah akn dberi kmudian.`barangsiapa yg mnolong agama Allah,Allah pasti mnolongnya`salam mahabbah dr timb. s/u jabatan nuqaba`”

Allahuakbar…agak2nya bagaimana impression kalau dapat mesej macam ni??

Yang pertama,angah pasti suma akan terkejut..lepas tue baru timbul perasaan lain kan3…

“aku tak layak la….”
“alaaa,aku mn prnh handle usrah pun…”
“alhamdulillah,trcapai hajat aku nk jd nqibah..”
“seronoknya……aku bleh jd naqibah..bleh la nk tunjuk eksen skit..bukan suma org bleh jd mcm aku…”

Sedih,trkedu,gembira,bangga,frust dan lain2 pasti da…pilih je nak yang mana…

TAKLIFAT…TAKLIFAT…TAKLIFAT..

Sejauh mana kita cuba lari pun,taklifat tetap merantai diri kita..mungkin bukan taklifat jawatan,tetapi taklifat sebgai hambaNYA..taklifat kita sebagai yang mengaku ISLAM adalah agama..taklifat yang mengaku mengucap kalimah `LAILAHAILLAH`..taklifat yang mengaku menjulang perjuangan ISLAM…

Taklifat sentiasa ada..tak kan Allah timpakan sesuatu yang tidak sesuai dengan upaya kita..jadi,gimana harus kita tunaikan dan sempurnakan??

Kalau bukan kita,siapa lagi…?
kalau bukan sekarang,bila lagi..?
kalau bukan disini,dimana lagi..?

Pandangan angah,terima seadanya dan laksana sehabis baik mungkin..kita tak tahu,mungkin ni jasa dan perjuangan kita yang terakhir..mungkin kan..alangkah beruntung kalau kita syahid dalam perjuangan..kalau tidak,bagaimana??

Harap bingkisan ini cukup untuk menjadi siraman bagi hati2 yang inginkan pembaharuan..