Monday 21 May 2012

:: Bersua Kembali ::

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izinNya angah masih mampu melakar di atas kanvas ini..
setelah hampir 8bulan angah menyepi..
macam2 agenda perjalanan hidup angah ini diaturkan oleh Allah..
sangat2 cantik aturannya..
SubhanAllah! 

Alhamdulillah..
genap setahun perkahwinan kami, kami telah dikurniakan seorang puteri yang sungguh cantik..
lahirnya memberi sinar kegembiraan..
lahirnya membuka pintu kerahsiaan..(terbongkar betapa cewi nya tok ummi dan tok wan dia=p) 

Saat minit jam berdetik pukul 5.29 pagi pada 17 mac 2012..
lahirlah seorang puteri yang diberi nama NUR FATIHAH AL-HUDA..
dengan berat 3.46 kg..
nikmat yang terbesar Allah bagi pada angah..


Namun..
perjalanannya sebelum itu sangat sukar..
di awal kehamilan angah, angah seringkali keluar masuk hospital..
disebabkan alahan yang agak teruk menyebabkan angah kekurangan air dalam badan..
dan ini juga boleh membahayakan bukan sahaja pada ibu, tetapi pada baby jugak.. 

Dalam pada masa kehamilan itu..
angah terpaksa tarik diri bagi madah al-quran semester 3..
tapi masih tetap menduduki peperiksaan..
alhamdulillah,natijahnya baik bagi semester tu..
untuk semester yang berikutnya,angah juga perlu attend kelas macam biasa..
walaupun `kebesaran` perut tu makin menyerlah =) 

Tarikh jangkaan fatihah adalah pada 9 mac yakni genap 10bulan..
namun xda tanda2 yg mnunjukkan fatihah dh bersedia nk melihat dunia..
doktor melanjutkan tarikh jangkaan kepada seminggu pada 16 mac..masih juga xmau keluar..
doktor terpaksa mengambil pilihan dengan menggunakan ubat bagi memaksa pembukaan agar baby boleh keluar..
ubat dimasukkan pada pukul 10 pagi..
kesakitan mula dirasai pada pukul 4 petang.. 
Allah lebih mengetahui bagaimana perasaan dan rasa sakit tu..
Alhamdulillah, Allah masih menetapkan ummi,abah,zauj angah,mama, dan adik hilmi utk berada disisi.. 

*ikuti rentetan peristiwa selepas ini ^_^v

Thursday 15 September 2011

~DaRi MatA TurUn kE Hati~

…….sambungan…

Namun, kehadirannya tidak semudah ABC untuk diterima..setelah ummi memberitahu saat untuk pertunangan kami, angah baru terasa yang dunia berputar..dia tetap meneruskan perancangannya tanpa menunggu jawapan dari angah..maka berlakulah perdebatan antara angah dengan ummi….wow, benda yang hampir mustahil untuk berlaku..tapi jadi realiti bila berkaitan dengan masa depan dan hati angah..buat pertama kali angah mempersoal tindakan dia dan ummi, dan buat pertama kali angah bercakap dari hati dengan ummi..terasa begitu bahagia saat itu=)

Akhirnya, angah mengalah..dan sebagai seorang anak,memang patut mengalah pun kan..mustahil seorang ibu mengharapkan malapetaka, sebaliknya naluri seorang ibu inginkan yang terbaik dan memberi kebahagiaan untuk anaknya..so,angah pasrah dan redha dengan keputusan dan aturan ummi..

Tika itu:

Jika ditanya perasaannya, jujur angah menyatakan yang angah tidak berperasaan..
Jika ditanya sayangnya, jujur angah lafazkan yang angah tidak tahu dimana sayangnya..
Jika ditanya bagaimanakah dia, jujur angah mengatakan angah tak selayaknya untuk dia..
Sungguh berbeza ilmu, amat berbeda akhlak..namun, sudah tercatat ikatan antara kami…

Segalanya berubah saat lafaz sakinah terucap..sepertimana mudahnya Allah membolak-balikkan hati manusia, sebegitu mudah Allah membolak-balikkan perasaan ini..

Dulu angah selalu kagum dengan orang yang sangat sabar dengan angah, dan memikirkan adakah wujud lagi insan yang begitu penyabar..tidak disangka, Allah menciptakan dia dengan kesabaran yang tiada tahapnya..

Angah pernah bertanya, “kenapa sabar sangat ye?”
Dengan mudah dia menjawab, “sebab abang sayang kerana Allah, dan abang pilih kerana Allah..inilah yang terbaik untuk abang.”

Menitis air mata setiap kali mendengar cubaan pujukannya(walaupun tak pandai pujuk=p, maaf ye abang)..namun, dengan keikhlasannya, mampu buat angah tersenyum (walaupun tak pernah tunjuk…syyh,rahsia ni^^)..

Tulus dari hati, setelah melalui semua ini, angah makin merasakan dakapan CINTANYA..ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat ini…angah terasa semakin tenang,setenang ummi dan abah melepaskan anaknya..ya Allah,Engkau peliharalah ummi dan abahku..dan angah makin merasakan nikmat CINTA yang halal..ya Allah, Engkau tambahkanlah rasa CINTA kami ini tanpa mengurangkan rasa CINTA kepadaMU..

Sunday 19 June 2011

.: Detik Lafaz Terucap :.

Saat lafaz indah terucap, bersaksikan mata-mata yang teruja. Akad disempurnakan dengan mudah..

“Aku terima nikahnya ……. dengan mas kahwin sebanyak …………”

Bergemalah masjid Bukhary dengan “sah (3x)…Allahukbar..Alhamdulillah..”

Pada detik itu,jantung angah yang berdegup kencang telah bertukar irama..ketar dengan insan yang tak pernah dilihat bertukar rentak kepada debar dengan satu dunia yang asing..

“Allahuakbar..!”

Saat itu,baru angah sedari yang dunia baru itu mempunyai `imam`nya..imam dalam ibadah,imam dalam kehidupan..

Dikala tangan diangkat menadah pada yang Esa..angah terasa kerdil dengan nikmat yang diberikan..

Andai angah tahu sebegini nikmat yang akan diberikan,nescaya angah tak akan cari nikmat itu sebelum masanya…

Andai angah tahu sebegini bahagianya, nescaya angah tak akan kotori bahagia itu sebelum waktunya…

Andai angah tahu inilah takdirnya,nescaya angah akan sabar menanti saatnya…

Namun……..

Tiada siapa yang tahu suratan takdirnya..tiada siapa tahu masa depannya..hanya bersyukur dengan apa saja kurniaanNya dan bersabar dengan ujianNya..pasti kita merasa nikmat CINTANYA….

Sebelum ini, angah sentiasa mencari..siapakah teman yang diciptakan untuk angah..lalu pelbagai persyaratan,penelitian dan pemerhatian dilakukan..tapi…..hati angah susah untuk yakin dengan orang..ada hikmahnya….

Pelbagai ujian dan masalah hati telah angah alami…sehingga angah tersungkur dengan ujian itu..(saat yang paling perih adalah saat dipulaukan oleh adik beradik sepengajian)..namun,Allah Maha Penyayang..

Telah tertulis teman untuk angah adalah insan yang tak pernah angah kenali dan insan yang tak pernah angah bayangkan…bukan kawan sekolah,bukan kawan sepengajian..bahkan bukan calon yang angah senaraikan…dia hadir tepat pada masanya,sesuai dengan akhlaknya, dan yakin dengan agamanya..

Dia seorang yang terhormat dan datang dengan cara yang terhormat..dengan penuh merendah diri merisik dari saudara, dengan penuh sopan datang berjumpa ummi, dan dengan penuh keberanian meminta izin dari ummi..(sebab ummi garang orangnya…susah la klu nak lps ngn ujian ummi..hee..angah sayang ummi=p)

Bersambung…………..

*ikuti sambungannya nanti ye^_^