Sunday 21 November 2010

AKHLAQEN

Ini bukan kisah Sulaiman Akhlaken dalam cite P.Ramli tue ye..tapi ni kisah kehidupan sebenar..Cuma pengolahan yang berbeda (jadi kire guna bahasa indon jugak ni..hee)

`Tertegaknya Islam bukan kerana mata pedang,tapi kerana tersebarnya dakwah dari akhlak pejuang..`

Waahh,hebat ke penangan akhlak ni dalam dakwah?kenape,xpercaya?(sila baca dengan nada yang betol ye=p)

Jom,pakat jadi sejarahwan sat..

1-Hebatnya akhlak Nabi Yusof sehingga dari terbuang menjadi yang terjulang..dari kanak2 yang naïf,menjadi pemimpin yang disegani dan berjaya dalam kepimpinan negaranya..

2-History yang lain pulak,hebatnya akhlak Sultan al-Fateh bilamana mampu membentuk rakyat yang baik,tentera yang baik,pemimpin yang baik dan negara yang baik sehingga mampu menawan kota Kontanstinopel dengan cara yang baik juga..suma tue bermula dengan akhlaknya yang baik..

Haa,dari mana datangnya kehebatan tue?dari akhlak jugak ke?bukan la..tapi dari kekuasaan Allah..hebatnya Allah dengan mencipta kehebatan akhlak ni..

Kita jelajah tengok dalam kehidupan sehari2 kita plak..

Walaupun benda yang simple,tapi lbih baik dari tak ada langsung kan?…hmmm,haa..angah teringat masa angah join program (comfirm tertanya2 program mana kan?kebanyakkan program la..aii,itu la,banyak sangat program yang join=D)angah cuma melakukan benda yang simple..iaitu senyum dan salam..tapi angah perasan kesannya hingga ke akhir program bilamana adik2 terbiasa untuk senyum dan bagi salam kat kami kakak2..senang je kan,tapi fesyen sekarang,bagi salam pada orang yang kita kenal je..Allahuakbar,mudahan istiqamah dalam benda tue lg..

Nak tengok benda yang terbesar plak ye?ok,jom pakat p Kelantan nuh..kat sana kita akan tengok benda yang cukup2 jarang nak jadi..ape ye??haaa,kat sana la adanya Sultan yang menjadi imam solat fardhu..seandainya semua pimpinan dan ulama` macam ni,insyaAllah aman dan SEJAHTERA la dunia ni..sama macam sejarah Sultan al-Fateh..ini baru slogan yang betol `mesra rakyat`..

So,dah terbukti kehebatan dakwah bil hal..ape tunggu lagi,jom kita sama2 perbaiki diri untuk memancarkan sinar Islam dalam diri kita..boleh bayang tak ape akan jadi pada dunia ni kalau suma pendakwah dan muslim sejati mempunyai akhlak yang terhebat?SubhanaAllah..kalau nak tahu ape yang terjadi,jom kita sama2 amalkan..

Angah bukan orang yang baik dan pernah menjadi jahat,namun dalam proses kearah kebaikan semula(back to fitrah)..tapi tak salah untuk kita memperingati dan ajak orang sekeliling kita kan..mudahan nanti da lagi orang yang akan mengingatkan angah semula..Allah sentiasa menanti tangisan penyesalan dari kita..

Kata2 angah kali ni.`action speak louder then word`..lagi satu..`akhlak cerminan diri`..

No comments:

Post a Comment