Thursday 9 September 2010

~Makcik Rabiah~

“Assalamualaikum…!”
“Waalaikummussalam..”
“ni rumah kak Rabiah ker?mak ada?”
“yer..kejap ye..”
Setelah sesat hingga ke aras 4 di umah flat Simpang Kuala, akhirnya sampai juga angah dan keluarga ke rumah yang dicari..rumah makcik Rabiah a.k.a kawan usrah ummi, yg berada diaras 2..

Mind set angah sebelum sampai ke rumah makcik Rabiah tu adalah makcik Rabiah orang susah,ada anak yang xsempurna sifat(dari cerita ummi la..)tapi bila angah dan family berhadapan sendiri..ya Allah,kami xsangka..

Tujuan angah dan family ke sana is untuk menyempurnakan zakat fitrah yang wajib bagi kami..sebab ni kali pertama kami beraya di Alor Star,jadi kami xtahu nak bagi zakat fitrah tu kat sapa yang layak..Alhamdulillah,Allah bagi ilham kat ummi pasal kawan ummi tu..

Makcik Rabiah..wanita yang berumur dalam lingkungan 50 tahun keatas,cacat penglihatan dan dikurniakan mulut yang kurang sempurna namun masih fasih berkata2..berkahwin dengan lelaki yang sekufu(buta juga)namun dimadukan..suami hanya datang sebulan sekali untuk menyerahkan duit nafkah sebanyak rm200 sebulan dan hanya berada 30 minit dirumah tu sebelum mengangkat kaki..siapa sangka,dalam keadaan itu,makcik Rabiah mempunyai 3orang anak lelaki yang hafiz..Allahuakbar..kebesaranMu ya Allah..

Satu-satunya anak perempuan makcik Rabiah yang sindrom-down dan buta telah pergi mengadap Ilahi beberapa tahun lepas..namun liku2 kehidupan arwah sangat perit..arwah telah diperkosa oleh manusia durjana ketika arwah masih dara dan ketika arwah masih memerlukan bantuan umminya untuk menguruskan makan,pakai dan beraknya..Astaghfirullah,manusia ke binatang tu…

Anak makcik Rabiah yang ke-3 sedang berada di Afrika..dan memerlukan 3 tahun lagi bagi menghabiskan pelajarannya disana..hebatnya Allah,anak i2 buta malah sudah menjadi hafiz..Subhanallah..

Cerita anak ke-4(bongsu) agak memeritkan..nama IKHLAS..moga Allah kurniakan hatinya seperti namanya..berumur 11 tahun dan sekarang belajar di maahad tahfiz..mempunyai masalah oksigen yang xsampai ke otak dan lemah dalam pelajaran..apa yang memeritkan yang angah dengar dia sering dipukul oleh guru tasmiknya..pukulan yang terlalu luar biasa sehingga menyebabkan kecedaraan yang serius..lebam2,bengkak2 dibadan dan pernah menyebabkan tulang belakang lari..Allahuakhbar..angah kira ni bukan pukulan yang mengajar tapi lebih pada pukulan yang MENYEKSA..alasan guru tasmik tu dari Pakistan dan menggunakan cara di Pakistan sangat2 XBOLEH DITERIMA..

Namun berbekalkan kecekalan dan kesabaran..makcik Rabiah masih mampu hadapi semua ini..
Hampir menitis air mata kami bila berada dengan makcik Rabiah..bersyukur yang xterhingga atas segala kurniaan Allah..ya Allah,makbulkan dan penuhilah permintaan makcik Rabiah..sesungguhnya dia adalah insan yang Engkau pilih..berikanlah ketenangan dan kesenangan kepadanya didunia dan akhirat..

Sunday 5 September 2010

~Kepadamu Bidadari Dunia~

Duhai wanita..
Andai hidup tidak dihadiri lelaki..
Tak bermaksud diri tak dihargai..
Usah bimbang kerana cinta Allah itu pasti..
Allah memelihara hati dan jiwa dari dikecewakan dan didatangkan penyakit hati(riak)..
Wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki..
Adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah ataupun Allah sedang menguji hatinya dengan penyakit hati..
Dekatkan hati dengan Ilahi, pasti cinta kau temui..
Usah berharap cinta insan yang engkau sendiri tak pasti..
Diamkanlah lelaki yang engkau sukai..
Berdoa pada Ilahi, insyaAllah engkau pasti dicari..
Jagalah Allah,Allah pasti menjagamu..

Friday 3 September 2010

~CINTA BUTA?~

Betul ke cinta itu buta?jom kita tengok kisah2 yang katanya cinta i2 buta…
KISAH PERTAMA-Rakan yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki. Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak, rumahnya HANYA Tuhan yang tahu( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,"kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"
KISAH KEDUA - Si perempuan ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang dipilih nya. Teman lelaki pula bukannya ada rupa pun. Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam zon selamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki. Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai. Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian. Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan. Sementelah lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap perawan.
Kisah2 ini bukan untuk menyalahkan pihak lelaki atau perempuan..tapi untuk membincangkan tentang persepsi CINTA..adakah kisah2 ni bukti pada CINTA? Atau mungkin mungkin lebih tepat,CINTA ITU BUTA?
Setuju atau tak dengan frasa `LOVE IS BLIND`? bagi pendapat angah,100% tak setuju…hmmm,ada yang nak bangkang?silakan..masing2 da pandangan tersendiri…tapi,sabar…baca dulu pandangan angah ni…
Sebenarnya CINTA i2 bukan buta tp dibutakan oleh orang yg bercinta..xcaya??ok…jom kita renung sama2..kalau CINTA i2 buta,kenapa semua orang ada fitrah i2?adakah semua orang buta?tak kaaann..sebaliknya orang yang bercinta i2 yang nak jadikan CINTA i2 buta sebab nak membenarkan apa yang depa buat…kenapa orang nak bercinta?sebab….”nanti kami nak kahwin,sekarang ni kami bercinta untuk saling mengenali”..sebab…”kawan2 suma bercinta,xkan saya xbercinta kot..x up 2 date la”..sebab…”i2 kan fitrah cinta..suma orang ada rasa nak bercinta”..
hmmmm,dapat jawapan dah?Jalan yang terbaik untuk bercinta adalah selepas kahwin..sebab..lepas kahwin kalau kita merindui pasangan kita,kita dapat pahala..sebab..lepas kahwin,kalau kita nak buat apa2 pun xsalah(kn lebih nikmat CINTA i2)..sebab..lepas kahwin,kurang la maksiat yang terjadi..yakin ke kita,orang yang kita bercinta selama ni akan jadi pasangan kita nanti?angah xnafikan,ada juga yang sampai ke jinjang pelamin,tp berapa ramai yang mendapat keberkatan perkahwinan i2?naaahh,ni la jawapan yang terbaik..KAHWIN..lps 2,nak bercinta pun,bercinta la..so,cinta i2 xkan jadi buta dan orang yang bercinta pun xkan jadi buta..=)
`Lihatlah pada APA yang dicakapkan,bukan pada SIAPA yang bercakap`-kata2 Saidina Umar.
Apa yang angah nak cakap ni adalah berdasarkan pangalaman angah yang lalu..sama2 ambil ikhtibar moga tak akan terjadi atau tak akan berulang..