Friday 3 September 2010

~CINTA BUTA?~

Betul ke cinta itu buta?jom kita tengok kisah2 yang katanya cinta i2 buta…
KISAH PERTAMA-Rakan yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki. Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak, rumahnya HANYA Tuhan yang tahu( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,"kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"
KISAH KEDUA - Si perempuan ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang dipilih nya. Teman lelaki pula bukannya ada rupa pun. Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam zon selamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki. Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai. Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian. Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan. Sementelah lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap perawan.
Kisah2 ini bukan untuk menyalahkan pihak lelaki atau perempuan..tapi untuk membincangkan tentang persepsi CINTA..adakah kisah2 ni bukti pada CINTA? Atau mungkin mungkin lebih tepat,CINTA ITU BUTA?
Setuju atau tak dengan frasa `LOVE IS BLIND`? bagi pendapat angah,100% tak setuju…hmmm,ada yang nak bangkang?silakan..masing2 da pandangan tersendiri…tapi,sabar…baca dulu pandangan angah ni…
Sebenarnya CINTA i2 bukan buta tp dibutakan oleh orang yg bercinta..xcaya??ok…jom kita renung sama2..kalau CINTA i2 buta,kenapa semua orang ada fitrah i2?adakah semua orang buta?tak kaaann..sebaliknya orang yang bercinta i2 yang nak jadikan CINTA i2 buta sebab nak membenarkan apa yang depa buat…kenapa orang nak bercinta?sebab….”nanti kami nak kahwin,sekarang ni kami bercinta untuk saling mengenali”..sebab…”kawan2 suma bercinta,xkan saya xbercinta kot..x up 2 date la”..sebab…”i2 kan fitrah cinta..suma orang ada rasa nak bercinta”..
hmmmm,dapat jawapan dah?Jalan yang terbaik untuk bercinta adalah selepas kahwin..sebab..lepas kahwin kalau kita merindui pasangan kita,kita dapat pahala..sebab..lepas kahwin,kalau kita nak buat apa2 pun xsalah(kn lebih nikmat CINTA i2)..sebab..lepas kahwin,kurang la maksiat yang terjadi..yakin ke kita,orang yang kita bercinta selama ni akan jadi pasangan kita nanti?angah xnafikan,ada juga yang sampai ke jinjang pelamin,tp berapa ramai yang mendapat keberkatan perkahwinan i2?naaahh,ni la jawapan yang terbaik..KAHWIN..lps 2,nak bercinta pun,bercinta la..so,cinta i2 xkan jadi buta dan orang yang bercinta pun xkan jadi buta..=)
`Lihatlah pada APA yang dicakapkan,bukan pada SIAPA yang bercakap`-kata2 Saidina Umar.
Apa yang angah nak cakap ni adalah berdasarkan pangalaman angah yang lalu..sama2 ambil ikhtibar moga tak akan terjadi atau tak akan berulang..

2 comments:

  1. Salam Angah..:)

    mmg btool apa yang angah tulis ttg Cinta Buta tu. setuju sangat! lagi abik bercinta lepas nikah, apa2 yang terjadi pn, dia tetap suami kita kan..:)

    btw, angah tulis pernah mengalaminya? angah pernah putus cinta ke? entry sblom2 ni pn ada kaitan pasal cinta gak..ahakss.. kantoi!!..hihi~

    ReplyDelete
  2. opps,prsoalan yg mgancam 2..hee
    nanti kan...~~

    ReplyDelete